Dasar Privasi

Privasi Anda

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. 
Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi
bersama dengan agensi awam & swasta lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti
di dalam menyelesaikan masalah pengurusan perakaunan, pengauditan, percukaian dan lain-lain aduan berkanun yang memerlukan
maklum balas dari agensi-agensi lain. Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman
web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan
pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui telefon, email, message dan whatsapp.

Fail Log

Bagi tujuan meningkatkan tahap keselamatan dan kecekapan web portal Excode Sdn Bhd, maklumat umum pengunjung seperti jenis browser, nama domain, nama negara dan lain-lain maklumat akan digunakan dalam pengumpulan dan penganalisaan maklumat demografi dan halaman-halaman yang sering dikunjungi oleh pelanggan. Walaubagaimanapun ianya tidak melibatkan privasi individu.

Pindaan Dasar 

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Kekerapan melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Perlindungan Data Peribadi

Semua perkara berkaitan dengan maklumat pelanggan adalah berpandukan kepada prinsip-prinsip Akta Perlindungan Data Peribadi – Personal Data Protection Act (PDPA). Maklumat yang disimpan hanya untuk penggunaan pengurusan dan pentadbiran Excode Sdn Bhd sahaja. Tetapi dari
semasa ke semasa, kami mungkin perlu mendedahkan maklumat yang kami simpan mengenai pelanggan kepada pihak ketiga yang berkaitan
dengan tertakluk kepada kes-kes dan tujuan tertentu serta tertakluk kepada persetujuan daripada pelanggan. Kami sentiasa bersikap telus dan
berintegriti dalam mengawalselia keselamatan data dan maklumat peribadi pelanggan. 

Dasar Keselamatan

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard
keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Dasar Web

Laman web www.excode.com.my adalah hak milik dan dikelolakan sepenuhnya oleh Excode Sdn Bhd (ESB)

  • Semua bahan yang terkandung di dalam portal ini, termasuk ke semua rekabentuk, penulisan, gambar-gambar dan juga perisian komputer ataupun mana-mana isi kandung yang tertera di portal ini adalah dilindungi oleh hakcipta, cap dagang atau apa-apa hak milik yang dimiliki oleh ESB.
  • Tiada bahagian di dalam portal ini yang boleh dibuat salinan, disimpan atau digunakan di dalam mana-mana portal lain atau digunakan di dalam mana-mana jenis sistem elektronik pemuat turun data umum atau peribadi atau apa jua perkhidmatan tanpa mendapat kebenaran bertulis dari ESB.
  • Isi kandungan portal ini disediakan bertujuan untuk membekalkan pelanggan dengan maklumat am dan bukan sebagai pengganti bagi nasihat undang-undang dan pelaburan.
  • Isi kandungan portal ini adalah dianggap sebagai tepat dan dikemaskini pada dan ketika tarikh yang tertera di muka hadapan portal ini.
  • Pemerhatian yang teliti telah dibuat dalam menyediakan maklumat di portal ini dan ESB tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa
    ketidaktepatan dan ketidaksempurnaan maklumat di portal ini.
  • Versi terakhir apa-apa dokumen di dalam portal ini adalah seperti salinan asal dokumentasi yang telah difailkan di ESB.
  • Tiada bahagian di dalam portal ini yang dibenarkan untuk dipautkan oleh mana-mana portal tanpa mendapat kebenaran bertulis dari ESB.
  • Mana-mana portal yang dipautkan ke portal ini bukanlah dibawah penyeliaan ESB.
  • ESB tidak bertanggungjawab atas isi kandungan mana-mana portal yang dipautkan, atau apa-apa perubahan kepada portal tersebut.
Penafian

Excode Sdn Bhd tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang di alami kerana menggunakan maklumat di dalam portal ini.

Bancian