Privasi Anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam & swasta lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan masalah pengurusan perakaunan, pengauditan, percukaian dan lain-lain aduan berkanun yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain. Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.
Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui telefon, email, message dan whatsapp.
Fail Log
Bagi tujuan meningkatkan tahap keselamatan dan kecekapan web portal Excode, maklumat umum pengunjung seperti jenis browser, nama domain, nama negara dan lain-lain maklumat akan digunakan dalam pengumpulan dan penganalisaan maklumat demografi dan halaman-halaman yang sering dikunjungi oleh pelanggan. Walaubagaimanapun ianya tidak melibatkan privasi individu.
Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Kekerapan melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.
Perlindungan Data Peribadi
Semua perkara berkaitan dengan maklumat pelanggan adalah berpandukan kepada prinsip-prinsip Akta Perlindungan Data Peribadi – Personal Data Protection Act 2010 (PDPA). Maklumat yang disimpan hanya untuk penggunaan pengurusan dan pentadbiran Excode sahaja. Tetapi dari semasa ke semasa, kami mungkin perlu mendedahkan maklumat yang kami simpan mengenai pelanggan kepada pihak ketiga yang berkaitan dengan tertakluk kepada kes-kes dan tujuan tertentu serta tertakluk kepada persetujuan daripada pelanggan. Kami sentiasa bersikap telus dan berintegriti dalam mengawalselia keselamatan data dan maklumat peribadi pelanggan.
Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard
keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
Laman web www.excode.com.my adalah hak milik dan dikelolakan sepenuhnya oleh Excode Sdn Bhd (ESB)
Perkhidmatan Excode akan dilantik oleh pihak pelanggan atau pembayar cukai sebagai wakil pengurusan akaun dan penyedia laporan cukai di bawah Sistem Taksiran Sendiri (STS) yang dilaksanakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
Segala perkhidmatan yang disediakan oleh Excode adalah terhad kepada penyediaan rekod akaun, laporan kewangan dan pengiraan cukai bagi tujuan pematuhan perundangan yang semasa.
Excode melaksanakan tanggungjawabnya berdasarkan maklumat dan dokumen yang dikemukakan oleh pelanggan atau pembayar cukai. Oleh itu, segala ketepatan, kelengkapan dan tanggungjawab terhadap maklumat yang dilaporkan kepada LHDN adalah sepenuhnya di bawah tanggungjawab pembayar cukai itu sendiri sebagaimana diperuntukkan di bawah prinsip Sistem Taksiran Sendiri (STS).
Untuk memastikan ketepatan dan pematuhan undang-undang cukai, Excode bekerjasama dengan ejen cukai bertauliah bagi urusan rasmi LHDN dan akauntan bertauliah bagi tujuan audit kewangan atau pengesahan penyata kewangan apabila diperlukan.